Hijrah ke Era Baru

Transformasi
FELCRA Berhad

Transformasi dan Strategi ke arah pemerkasaan FELCRA sebagai syarikat perusahaan sosial termantap dalam perniagaan perladangan dan agromakanan.

Selanjutnya
CERITA KAMI

TRANSFORMASI 3.0
FELCRA BERHAD

FELCRA Berhad Sebagai Konglomerat Sekuriti Makanan (2023-2027)

Ketahui lebih lanjut
GALERI

CORETAN
KAMI

Lihat Semua Foto

Pengamatan TRANSFORMASI 1.0

DEMI PENGUKUHAN DALAMAN KE ARAH MENCAPAI STATUS SYARIKAT PERUSAHAAN SOSIAL TERMANTAP

Inisiatif Transformasi telah dimulakan semenjak tahun 2019. Pelan Transformasi dan Hala Tuju Strategik FELCRA Berhad telah diluluskan di Peringkat Kabinet Malaysia pada 11 Ogos 2021.

Pengembangan Bisnes dan Budaya Kerja Berwibawa

Keluasan estet sediaada tidak mencukupi. Keperluan untuk menerokai kepelbagaian perniagaan.

1. Inisiatif Sosial

2. Inisiatif Komersial-Teras

3. Inisiatif Komersial-Sekuriti Makanan

4. Inisiatif Modal Insan

Keperluan-keperluan ini membawa kepada inisiatif Transformasi 2.0

FELCRA Berhad sebagai konglomerat sekuriti makanan

FELCRA laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – FELCRA diarah merancang dan menyediakan hala tuju baharu pelan Transformasi 3.0 bagi membantu kerajaan dalam aspek keselamatan makanan serta mengurangkan kos sara hidup rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah tiba masa negara mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import. Ujarnya, inisiatif komersial itu akan dimulakan dengan memberi fokus pengeluaran ayam, daging dan telur secara domestik dengan segera kerana ia akan memakan masa hingga empat tahun untuk distabilkan. Sumber: Malaysia Gazette, 2023

Coretan

Seimbas lalu FELCRA Berhad

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) asalnya telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai badan berkanun. FELCRA dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.

Selanjutnya