TENTANG KAMI

Kumpulan Transformasi & Perancangan Korporat

Kenapa FELCRA Berhad memerlukan transformasi?

1. Sumber Pendapatan Mandat Sosial yang tidak mencukupi. Caj pengurusan ladang ke atas Peserta ialah 6.5% semenjak 1997 tidak dapat menampung kos pengurusan FELCRA.
2. Projek Peserta yang tidak dapat menjana keuntungan. FELCRA Berhad terpaksa membiayai projek-projek rugi setiap tahun menggunakan dana dalaman.
3. Ketidak padanan hutang antara FELCRA-MOF vs FELCRA-Projek Peserta. Setiap Tahun FELCRA wajib membayar pinjaman pembangunan kepada Kementerian Kewangan (MOF) tetapi projek Peserta yang rugi tidak dapat membayar hutang pembangunan kepada FELCRA.
4. Hutang legasi-Hutang legasi disebabkan oleh perkara 1, 2 dan 3 di atas.


Gambaran masa depan FELCRA Berhad

Gambaran masa depan dari segi semasa, tahun ke-5 dan tahun ke-10 FELCRA Berhad.